47000 Hidap Autisme

>> Wednesday, April 22, 2009

Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk “pintu rahsia” anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui , maka anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.

Anak autisme sering di label sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.

Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal.

Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula”buat perangai”, samada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.


Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan social, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunujukkan tingkah laku terhad dan berulang ; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistic menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk Negara kita mengidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulin yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.

Hampir 70% kanak-kanak autisme ada maslah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, adalah masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein,Belabartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami sindrom asperger iaitu sejenis autisme.

Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Antara cirri utama kanak-kanak autisme ialah:-
a. Tidak mampu bersosial
_ Perkembangan social kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:-

# Tidak menghiraukan orang lain.
# Kelihatan tidak sensitive pada keperluan, perasaan dan pemikiran
orang lain.
# Tidak mahu bertentang mata atau menunujukkan ekspresi
muka apabila bercakap.
# Tidak suka sentuhan(tidak mahu dipeluk atau dipegang).
# Susah berkerjasama berkongsi atau menunggu giliran.
# Lebih suka bermain sendiri.
# Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan
Imaginasi.

b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi.
# Lambat bercakap.
# Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
lain.
# Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
# Bercakap dalam nada pelik – sperti menyanyi atau bercakap
Macam robot.
# Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu
pihak (hanya mereka yang bercakap)
# Mungkin mengulangi perkataan yang sama, tetapi tidak faham
Maksudnya.
# Kanak-kanak autisme degan sindrom asperger menggunakan
bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang
dewasa.





0 comments:

Post a Comment

About This Blog

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP